Selasa, Oktober 27

Doakan Yang Terbaik



Hari ini merupakan hari pertama aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini. Walaupun masa untuk peperiksaan semakin hampir, aku terpanggil untuk menulis sedikit cebisan di ruang ini untuk meredakan hati aku yang terasa sedikit kebosanan.

Seperti mana semua orang yang akan menduduki peperiksaan, aku mengharapkan peperiksaaan kali ini merupakan peperiksaan yang terbaik dapat aku hadapi. Justeru aku mengharapkan doa daripada semua yang mengenali diri ini terutama kedua ibu bapa yang aku sayangi, seterusnya kawan2 agar mendoakan kejayaan aku dalam peperiksaan yang bakal aku hadapi.

Sesungguhnya peperiksaan ini bukanlah segala-galanya. Tetapi, melalui peperiksaanlah aku dapat menguji sejauh mana kefahaman aku dengan apa yang telah dipelajari selama berminggu-minggu hadir ke kuliyah.

Akhir kalam, 'semoga berjaya'

~ insan biasa

Rabu, Oktober 14

Terima Peperiksaan Secara Positif


“Peperiksaan yang berlangsung selama beberapa hari tidak wajar menghukum seluruh hidup anda. Anda telah berjaya menempuh alam pembelajaran untuk beberapa tahun, tentulah tidak wajar peperiksaan yang hanya memakan masa beberapa hari memusnahkan seluruh impian anda” GuruBashid

1 Peperiksaan adalah peluang yang diberi kepada anda. Peluang ini hanya datang sekali dalam hidup anda.

2 Jangan bersangka buruk dengan peperiksaan dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan sistem penilaian itu. Tetapi terimalah kehadirannya dengan rasa yakin, tenang dan ceria.

3 Inilah saatnya anda membuktikan kepada orang-orang yang anda sayangi bahawa anda benar-benar mampu.

4 Melalui peperiksaan ini, anda akan menghadiahkan sebuah kejayaan dan kegembiraan yang bakal dikongsi bersama dengan ibu, bapa, penjaga dan keluarga anda.

5 Ambillah dan gunakanlah peluang yang ada ini dengan melakukan yang terbaik. Kalau pun bukan untuk ibu bapa dan guru-guru anda, lakukannya untuk diri anda sendiri.

6 Anda boleh juga menggunakan peluang keemasan ini untuk “membalas dendam”. Anda mungkin berdendam dengan seseorang yang selama ini memandang rendah kepada kemampuan anda. Melalui senjata peperiksaan ini jangan lepaskan mereka.

7 Anda tidak perlu memaki hamun mereka, jauh sekali mencederakan mereka. Anda hanya perlu melampiaskan seluruh rasa marah dan dendam anda melalui kertas jawapan.

8 Pastikan anda jawab sebaik mungkin dan niatkan jawapan terbaik itu untuk orang-orang yang anda benci selama ini.

9 Buktikan kepada mereka bahawa anda tidak seperti yang mereka sangkakan. Anda bukan bodoh atau lemah. Anda cuma belum mendapat kesempatan yang sesuai untuk membuktikan kepandaian anda. Dan kini anda benar-benar menemuinya, iaitu peperiksaan.

10 Anda patut tunjukkan slip keputusan yang bakal anda terima nanti di hadapan mereka dan biarkan mereka tercengang dengan keputusan yang anda capai.

11 Beritahu mereka bahawa sangkaan mereka terhadap anda selama ini tidak betul. Katakan kepada mereka bahawa “saya bukan bodoh seperti yang cikgu, mak atau ayah pernah kata“.

12 Peperiksaan yang berlangsung selama beberapa hari tidak wajar menghukum seluruh hidup anda. Anda telah berjaya menempuh alam pembelajaran untuk beberapa tahun, tentulah tidak wajar peperiksaan yang hanya memakan masa beberapa hari memusnahkan seluruh impian anda.

13 Peperiksaan tidak boleh dibenarkan merosakkan seluruh masa depan anda. Peperiksaan harus diterima secara husnud dzan (sangka baik).

14 Percayalah, peperiksaan diwujudkan untuk mencari jawapan-jawapan yang betul dan mereka yang berjaya, bukannya mencari jawapan yang salah dan mereka yang gagal.

15 Lebih ramai yang dapat menjawap soalan dengan betul dan lebih ramai yang berjaya, itulah sebenarnya yang dicari dalam peperiksaan.

16 Semua yang terlibat dalam peperiksaan seperti pengawas peperiksaan, penggubal soalan dan pemeriksa kertas jawapan adalah individu-individu yang menaruh kepercayaan kepada anda dan akan membantu anda melakukan yang terbaik.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Jadikanlah Dirimu Orang Alim

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)

Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.


Khamis, Oktober 1

KERLIPAN CINTA


KERLIPAN CINTA(Rabbani)
Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku

Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya