Rabu, Julai 7

Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan kota Konstantenople
ketika usianya baru sahaja mencecah 21

Bangkitlah Wahai Pejuang

Hari ini seperti biasa saya bangun awal pagi untuk solat subuh berjemaah di surau. Walaupun hakikatnya mata masih lagi berat untuk dibuka, maklumlah pagi tadi sempat menonton
perlawanan bola sepak separuh akhir piala dunia antara Belanda dan Uruguay, yang berkesudahan dengan kemenangan bergaya 3-1 Belanda ke atas Uruguay. Biarlah pasukan mana pon yang menang, kerana kedua-duanya tidak memberi kesan kepada diri saya. Namun apa yang lebih penting adalah tanggungjawab sebagai hamba kepada sang pencipta untuk bangun solat subuh berjemaah itulah yang lebih utama.

Teringat saya pada penulisan Ust Pahrol berkenaan umat Islam yang ketika ini semakin lemah dan sering ditindas oleh musuh-musuh islam. Kita seringkali melaungkan tentangan terhadap israel namun bagaimana dengan ibadat kita?

Kita juga seringkali berakap bab jihad, namun ibadat solat kadang-kadang kita lalai dalam melaksanakannya.Sedarlah bahawa ibadah dan jihad itu tidak terpisah. Bahkan ibadah itu sendirilah yang membangunkan roh semangat jihad.

Ustaz juga menyatakan bahawa musuh-musuh islam bimbang sekiranya bilangan umat islam yang solat subuh secara berjemaah sama dengan bilangan orang islam yang solat Jumaat! Dan ini diakui sendiri oleh cerdik pandai mereka. Jadi di sini , saya ingin mengajak diri ini dan kawan-kawan sekalian supaya didik umat ini untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau-surau dan masjid-masjid. Solat merupakan hubungan kita dengan Allah. Jangan harap kita akan dapat mengalahkan musuh sekiranya tidak mendapat bantuan daripada Allah.

Lihat sahaja bagaimana perang Badar, Khandak dan Ahzab, bagaimana hubungan nabi dan para sahabat dengan Allah s.w.t. Begitu juga dengan panglima Salehuddin dan Sultan Muhammad Al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka dalam menjaga ibadah solat dan ibadah khusus yang lain. Sepatutnya semua ini kita jadikan sebagai ikutan dan pengamalan dalam kehidupan seharian kita yang makin mencabar ini.

Bersambung semula selepas solat subuh tadi, saya sempat mengikuti usrah bersama dengan ust Idris dan kawan-kawan yang lain. Kebetulan sudah lama rasanya tidah dilakukan usrah bersama-sama dengan mereka. Banyak perkara yang telah kami bincangkan dan sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan.
Kami sempat membaca alquran dan membincangkan tentang firman Allah di dalam surah At-Taubah daripada ayat 38 sehingga 82.


38. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

39. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

40. Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

41. Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Di dalam ayat ini, Allah telah menyuruh kita supaya berjuang di jalan Allah dalam keadaan ringan mahupun berat. Ayat ini diturunkan ketika berlakunya peperangan tabuk yang mana Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah untuk berperang. Akan tetapi ketika itu, umat islam telah diuji
dengan cuaca yang sangat panas, yang menyukarkan mereka untuk keluar berperang. Perjalanan mereka pula agak jauh dan tambahan ketika itu adalah musim tanaman mereka masak. Maka muncullah pada ketika ini golongan munafik, iaitu Ka'ab bin Malik dan beberapa orang lagi yang tidak mahu turut keluar berperang bersama rasulullah dan sahabat yang lain.
Oleh kerana itu, Allah telah menempelak mereka yang munafik ini akan kebinasaan yang akan mereka hadapi atas sumpah mereka yang palsu sepertimana dalam firman-Nya pada ayat ke 42

Berinfaklah di jalan Allah

Suatu perkara lagi yang boleh dijadikan iktibar dalam peristiwa perang tabuk ini adalah berkenaan amalan sedekah dan menginfakkan jiwa dan harta benda ke jalan Allah swt.
Di dalam peristiwa perang tabuk, saidina Abu Bakar telah mendermakan kesemua hartanya untuk diberikan kepada rasulullah bagi persiapan menghadapi perang sehingga apabila ditanya oleh rasulullah apa yang tinggal pada nya? lalu beliau menjawab hanya Allah dan Rasul. Saidina Umar pula telah mendermakan separuh daripada hartanya untuk perjuangan menentang golongan kafir. Begitulah kehebatan para sahabat yang ditarbiah oleh rasulullah dalam menghadapi perjuangan menyebarkan risalah islam.
Mereka jelas tentang firman Allah dalam surah at-taubah ayat ke-38 :

38. Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Penutup

Sebagai umat yang mengaku mencintai nabi muhammad saw, seharusnya kita tidak mudah mengalah dan malas dalam menyampaikan risalah dakwah ini . Lebih-lebih lagi apabila kita diuji dengan pelbagai mehnah dan trebulasi yang mampu menyebabkan seseorang tersungkur dari perjuangan ini. Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada diri saya dan anda semua untuk terus istiqamah dalam jalan perjuangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan